Persidangan dan Pameran Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) 2022 yang dianjurkan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) mendapat sambutan luar biasa dari pengamal sumber manusia di Malaysia kerana membawakan topik yang relevan dengan landskap tenaga kerja semasa.
Ketua Pegawai Strategi dan Program HRD Corp Rony Ambrose Gobilee berkata, program bertemakan evolusi dalam pembangunan sumber manusia yang berlangsung selama dua hari itu bertepatan sebagai platform untuk mengukuhkan modal insan Malaysia selain mempercepatkan pertumbuhan serta produktiviti negara.